Evolusi Jalur Timur Geologi_Semenanjung_Malaysia

Jalur Tengah Semenanjung Malaysia berasal daripada serpihan lengkung pisahan Blok Indochina. Blok Indochina juga merupakan sebahagian daripada superbenua Gondwana tetapi terpisah lebih awal akibat pergerakan tektonik.

  • Semasa usia Devon, blok Indochina terpisah daripada superbenua Gondwana.
  • Semasa usia Karbon Awal, blok Indochina mula mendekati blok China Selatan.
  • Semasa usia Perm Awal, blok Indochina bercantum dengan blok China Selatan membentuk Garis Sutura Song Ma. Percamtuman ini membentuk benua Cathaysialand.
  • Semasa usia Perm Akhir, Cathaysialand bergerak ke utara mendekati blok China Utara.
  • Semasa usia Trias Akhir, benua Cimmeria yang terdiri daripada blok SIbumasu bercantum secara menyusup ke bawah benua Cathaysialand.